Chit - Chat


MUATURUN BORANG ACARA SUKAN RAKYAT

Written on 11:45 PM by 3rd


SUKAN RAKYAT : SEMPENA 40 TAHUN PEMERINTAHAN KDYMM SULTAN PAHANG

SILA KLIK NAMA ACARA UNTUK MUATURUN BORANG PENYERTAAN ACARA SUKAN RAKYAT:

BALING TIN
BOLING KELAPA
CONGKAK
DAM AJI
GALAH PANJANG
KELERENG
KETENTENG
LAMBUNG KASIH
LARI DALAM GUNI
PANCING BOTOL
REBUT NEGERI
SEPAKRAGA RATUS


BORANG TEMPAHAN PEMPAMER EBI 12 PAHANG

Written on 12:06 AM by 3rd

Kerajaan Negeri Pahang & Sinergi Ilmu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang akan menganjurkan Ekspo Buku Islam 12 Pahang dengan tema 'Kesempurnaan Ilmu Mencorak Ketinggian Pekerti' pada
29 Ogos - 7 September 2014 bertempat di Kuantan Parade, Kuantan Pahang.

Penganjuran ini merupakan penganjuran kali ke-3 di negeri Pahang.

Insyallah semoga usaha yang di rancang ini akan memberi maklumbalas yang terbaik dan Ekspo Buku Islam 12 Pahang memperolehi kejayaan seperti tahun sebelumnya. Sokongan dan penyertaan daripada pihak Tuan / Puan dalam menjayakan Ekspo Buku Islam ini amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-41617864(Pn Suzie) atau 019-3258289 ( cik farhana).

NOTA PENTING
1. Tempahan Booth Adalah Atas Siapa Cepat Dia Dapat
2. Membuat Bayaran Penuh Sebelum Ekspo Buku Islam 12 Pahang.
Kegagalan Atas Dua(2) Perkara Diatas Akan Menyebabkan Anda Kehilangan Lokasi Booth Yang Ditempah

SILA KLIK LINK UNTUK DOWNLOAD BORANG TEMPAHAN PEMPAMER EKSPO BUKU ISLAM 12

SURAT JEMPUTAN
BORANG TEMPAHAN



Sejarah Malaysia

Written on 10:38 PM by 3rd



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.




Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan. Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

JaLuR GEmiLANG

Written on 10:34 PM by 3rd



Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

cARA meNdowNLoaD LaGu meNGGunaKAn saVEfilE

Written on 2:17 AM by 3rd

BeRtemu laGi hehehehe....

KaLi ini aku nak teraNgkaN cam mANer nak downloAD LaGu PuLak..
Aku hARAp dApat mEmbaNtu sesiKIt seBanyaK..
daN meMang aku tau aku buKaN paNdai sangat untuK ajaR orang..
so ape yang kuRang aku mintaK sori bebanyak k..


Memula skALi u aLL piLih laGu maner naK downLoad
sEbagai coNToh aku amik la Lagu FYA - tEN out of tEN


Lagu yang aKu maksudkan tu ader kat atas sekali..
kaLau nak download bagi user yang first time nak downLoaD
u aLL kene klik kat tajuk lagu tu.....


Then lepas klik tu u aLL akan di bawa secara otomatik ker
window cam kat bawah nie...
aPa yang u aLL patut buat pastu adalah klik butang kaler oren
yang bertulis download file
then tunggu jap depand on kelajuan conection tenet u aLL la


then anda akan dibawa ke part seterusnya seperti gamba di bawah

k u aLL akan nampak tulisan camnie Your download should begin shortly.If it does not, try Download file now
so kalau xder ape - ape berlaku u aLL klik la Download file now



pas u aLL klik akan kuar lak window cam kat bawah nie lak
then klik la save tu ye......
pas klik save tu, akan kuar window cam kat bawah nie lak
so pilih la kat maner u aLL nk save lagu tu k...
simpan la di tempat yg selamat k.... ekekekekke....



-ikLan tajAAN KerepeK-

cARa mENGupLOAD LaGu mENGGuNAKAN saVEFiLE

Written on 10:56 PM by 3rd

Di sini aku nk berucap sikit la.. errr... Assalammualaikum wbt (x jawab dosa). Di kesempatan nie aku nk ucapkan terima kasih kepada sesape sajer yg dah byk tolong aku pomot blog nie. Segala apa yg kurang aku harap di maafkan..
Apa yg lebih aku akan kurangkan..

Di sini gak aku bagi guide sket caner nak upload lagu menggunakan savefile....

firstly u aLL kene masuk kat website savefile klik nie
pastu u aLL akan nampak butang upload my file then u aLL klik jer butang tu





then after u aLL klik akan kuar cam gamba bawah nie lak





kat window tu u aLL akan nampak butang upload and register kat bawah skali...
u aLL jangan nak gatal-gatal tangan lak nak klik register coz akan melambatkan jer proses upload u aLL tu..

so u aLL teruskan jer dengan klik butang upload tu...
next step u aLL just klik browse then select file lagu kat dalam simpanan u aLL



kat file tu u aLL taip lah tajuk lagu
then kat description tulis nama artis.. kalau rasa nak letak nama u aLL pun ok gak lalalala
ha kat bawah tu ader tulis please type your security code u aLL kene pastikan taip no kod yang dah di kasi tu.
Lastly klik butang upload tu jer.. pastu u aLL tungggu la sampai siap.....


ok lepas dah siap tu u aLL akan nampak cam kat atas ni..
kalau x nampak jugak, belilah monitor bersaiz plasma lalalallalalla
then copy la link tu... pastu paste la kat maner2 pun yg
u aLL rasa selamat...cam notepad ker word ker..
ikut suke u aLL la..

then untuk rujukan u aLL tulis la macam nie:-
eLLa - puJaaN http://www.savefile.com/files/1648326


ha camtu la kan senang tau lagu maner satu... kalau u aLL cekap
x payah la wat camtu...

then kalau u aLL rasa nak share lagu tu ngan user kat blog
http://donloadz.blogspot.com/


sila lah emailkan kat aku k
grc_3rd@yahoo.com




-iKLAN taJAAN KerepeK-